My Add

Sunday 17 June 2012

Bayi baru lahir nyaris dijual

KUCHING, SABTU, 16 Jun, 2012: Seorang bayi perempuan yang baru berusia tiga hari berjaya diselamatkan polis daripada dijual dengan harga RM17,000 dalam satu serbuan di sebuah pusat snuker di Batu Kawa di sini pagi ini.

Dalam operasi kira-kira pukul 6 pagi itu, seorang lelaki berusia 51 tahun yang disyaki menjadi orang tengah ditahan di sebuah kedai kopi oleh anggota polis yang menyamar sebagai pembeli.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Zulkifli Hassan berkata, penahanan suspek membawa kepada penemuan bayi berkenaan yang disembunyikan di pusat snuker tidak jauh dari situ.

Katanya, ketika ditemui, bayi tersebut dijaga tiga wanita tempatan berusia 19 hingga 29 tahun.

"Bagaimanapun ibu kandungnya tiada di situ dan berdasarkan keterangan suspek, pihak polis berpatah balik ke kedai kopi sebelum menahan ibu kandung bayi yang bersembunyi di tingkat tiga premis berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment