My Add

Sunday 17 June 2012

Kanak-kanak maut tertembak diri sendiri

Muhammad Faris
Oleh AZRAN FITRI RAHIM
KOTA BHARU, SABTU, 16 Jun, 2012: Seorang kanak-kanak yang baru menyambut hari lahirnya ketujuh semalam, maut apabila tertembak diri sendiri ketika bermain pistol datuk saudaranya yang merupakan anggota polis, di rumah nenek mangsa di Ketereh di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam, tembakan tersebut menembusi kepala Muhammad Faris Faisal Norhisham dan turut menyebabkan bapa saudaranya, Helmi Ghazali, 32, cedera parah selepas peluru itu menembusi dada kirinya.

Murid tahun satu Sekolah Kebangsaan Pohon Tanjung, Pasir Mas dan anak sulung daripada dua beradik itu dikatakan mengambil pistol datuk saudaranya untuk bermain sebelum tertembak diri sendiri.

Ketika kejadian, rumah tersebut dipenuhi kaum keluarga terdekat kerana baru selesai majlis perkahwinan ibu saudara mangsa, Syakirah Rifa'in, 25. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment