My Add

Wednesday 6 June 2012

Buktikan mampu bela Melayu

PULAU PINANG, SELASA, 05 Jun, 2012: Pas harus membuktikan kemampuan membela nasib orang Melayu dan Islam terlebih dahulu sekiranya berhasrat untuk menggantikan UMNO di negara ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara tersebut perlu dibuktikan segera memandangkan sehingga kini, ia kelihatan gagal.

"Jika Pas boleh membuktikan mereka mampu membela nasib orang Melayu di Pulau Pinang, baru mereka boleh menyasarkan niat sedemikian untuk menggantikan UMNO," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis santai di Universiti Sains Malaysia (USM), di sini malam tadi.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun memberitahu, setakat ini beliau tidak nampak Pas boleh mencapai sasaran itu kerana sokongan orang Melayu terhadap UMNO masih kuat. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment