My Add

Tuesday 19 June 2012

Cadang SPRM siasat dakwaan secara komponen

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Jun, 2012: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran melakukan siasatan secara berkomponen dan bukannya sekali gus berhubung dakwaan pemilikan 20 akaun induk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bernilai RM3 bilion.

Bekas Setiausaha Sulitnya, Anuar Shaari berkata, ia bagi memastikan siasatan itu tidak mengambil masa terlalu lama memandangkan ia membabitkan jumlah yang sangat besar.

Menurutnya, jika akuan berkanun yang dibuat bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid itu disiasat secara keseluruhan ia mungkin mengambil masa terlalu lama sehingga memberi kelebihan kepada pihak yang didakwa.

"Rakyat berhak mengetahui perkara sebenar mengenai pemilikan akaun induk Anwar dan sebaik-baiknya SPRM mendedahkan beberapa hasil siasatan awal sebelum pilihan raya umum akan datang," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment