KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng kini dilaporkan berada dalam keadaan nazak di sebuah hospital swasta di Bangkok, Thailand.
Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Zainuddin Maidin melalui maklumat yang diterima beliau berkata, Chin Peng dikejarkan ke hospital dari kediamannya di luar kota Bangkok setelah keadaan kesihatannya semakin meruncing.
"Dua pembantunya cuba untuk memberitahu kedatangan pelawat tetapi dia kelihatan seperti antara sedar dan tidak sedar.
"Mereka diberitahu oleh salah seorang pembantunya bahawa sebelum ini dia telah bercakap mengenai kematiannya," kata Zainuddin di dalam blognyawww.zamkata.blogspot.com hari ini.
Zainuddin berkata, beberapa orang kenalan rapat dari Malaysia dan Singapura yang melawat Chin Peng baru-baru ini juga mendapati keadaannya sangat uzur dan tidak lagi dapat mengenali orang yang menziarahinya. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment