*MOHD. Nazlee Kamal (kiri) menyerahkan status BioNexus kepada Pengarah Darden Aquafarm Inc, Bill Herzig sambil disaksikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili (dua dari kanan) dan Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Alfred Jabu di Boston, Amerika Syarikat, kelmarin.
BOSTON, KHAMIS 21 Jun, 2012: Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp) merancang mewujudkan taman inovasi atau taman bioteknologi di setiap koridor pembangunan wilayah sebagai strategi jangka panjang menarik lebih banyak pelaburan asing berasaskan bioteknologi ke negara ini.
Ketua Pegawai Eksekutif BiotechCorp, Datuk Dr. Mohd Nazlee Kamal berkata, langkah itu akan memudahkan penyediaan infrastruktur khususnya membabitkan ruang dan tanah bagi meningkatkan keyakinan pelabur luar. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment