My Add

Friday 22 June 2012

Cungkil semangat usahawan

*NAJIB menandatangani plak sambil diperhatikan oleh Zamzamzairani Mohd. Isa (kiri) ketika merasmikan Pusat Konvensyen Telekom Malaysia, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/HAFIZ JOHARI

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Kerajaan akan berusaha mencungkil semangat keusahawanan dan kreativiti di kalangan generasi muda agar hasrat untuk merealisasikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi tercapai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Amerika Syarikat (AS) merupakan salah sebuah negara yang boleh dicontohi atas pencapaiannya dalam bidang kreatif dan ia terbukti melalui kemunculan syarikat-syarikat gergasi dunia dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Beliau berkata, kejayaan itu adalah hasil daripada semangat usahawan serta daya kreativiti yang tinggi khususnya daripada golongan muda negara itu.

"Syarikat Apple, Microsoft, Dell dan Facebook semuanya diasaskan oleh anak-anak yang tinggi daya keusahawanan dan kreativitinya. Mereka bermula dengan segala kekurangan dan kepayahan tetapi mereka akhirnya berjaya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis dialog usahawan tekno Persatuan Usahawan Industri ICT Bumiputera (NEF) di Menara TM di sini, hari ini.

Turut hadir Presiden NEF, Ashran Ghazi; Pengerusi TM, Datuk Dr. Halim Shafie dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd. Isa.

Pada majlis hari ini Perdana Menteri turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara NEF dan Malaysia Venture Capital Management Berhad (Mavcap) bagi program membantu usahawan bumiputera melalui programmerger & acquisition.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib berkata, bidang ICT dan kreatif mampu memainkan peranan yang penting dalam mencipta sumber kekayaan baru untuk negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment