*ANGGOTA Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam membantu mangsa dalam kejadian bangunan Astaka yang runtuh dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih, Besut, semalam.
BESUT, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Enam pekerja asing terselamat dalam kejadian runtuhan struktur bumbung astaka yang sedang dibina di bandar Jerteh dekat sini petang ini.
Dalam kejadian pukul 1 petang itu, tiga daripada mereka dikenali sebagai Ari Ramlan, 31, dari Indonesia serta Zilo dan Raju, masing-masing berusia 40 dan 42 tahun dari Bangladesh bagaimanapun nyaris maut apabila tertimbus simen cair hampir separuh badan.
Tiga lagi rakan mereka dikenali sebagai Suksan Ali, 25, dari Bangladesh serta Munawir dan Fandi, masing-masing berusia 20 tahun dari Indonesia yang turut melakukan kerja di bawah sempat melarikan diri.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Kamaruddin Mohd. Zakaria berkata, ketiga-tiga mangsa berjaya dikeluarkan dalam satu operasi yang mengambil masa lebih dua jam. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment