My Add

Monday 25 June 2012

Denggi: 8,703 kompaun bernilai RM3.8 juta dikeluarkan

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Jun, 2012: Sebanyak 8,703 kompaun bernilai RM3,803,565 dikeluarkan antara Januari dan Mei tahun ini melalui penguatkuasaan undang-undang kesihatan bertujuan mencegah dan mengawal wabak denggi. 

Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kesihatan berkata dalam tempoh itu 760 kes didaftar untuk tindakan mahkamah dengan 375 kes disabitkan kesalahan membabitkan denda berjumlah RM120,330.

Tindakan penguatkuasaan dilakukan mengikut Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975.
Bagi Mei sahaja, 1,970 kompaun bernilai RM857,800 dikeluarkan dengan purata RM435.43 setiap kompaun. 

"Pada masa sama, 71 kes disabitkan kesalahan dan denda RM24,780 dikenakan,” kata kenyataan itu. 

Dalam pada itu, penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 antara Januari dan Mei menyaksikan 14,398 notis kesalahan dikeluarkan dan 7,423 kesalahan dikompaun dengan nilai RM1,607,650. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment