My Add

Friday 15 June 2012

Hanya helah politik

KOTA BHARU, JUMAAT, 15 Jun, 2012: Keputusan Kelantan yang kembali membenarkan wanita menyertai Tilawah al-Quran bermula tahun depan semata-mata bermotifkan politik dan mahu mengambil hati golongan wanita yang sekian lama dipinggirkan di negeri itu. 

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh, berkata kebenaran itu sebenarnya mahu mengambil hati mereka kerana Pilihan Raya Umum ke-13 sudah semakin hampir.

"Kalau dulu suara wanita itu aurat apakah sekarang tidak lagi aurat. Keputusan itu sebenarnya penuh tanda tanya," katanya kepada BERNAMA di sini, hari ini.
Beberapa hari lalu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi laluan semula kepada qariah wanita untuk menyertai tilawah membaca al-Quran bermula tahun depan. 

Ketika membenarkan semula perkara itu, Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata, ketika ia disekat 22 tahun lalu, ia sebenarnya hanyalah adalah sekatan sementara dan bukannya diharamkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment