My Add

Sunday 17 June 2012

Jambatan kedua PP siap 80% akhir Jun ini

*JAMBATAN Kedua Pulau Pinang yang menggabungkan Galas Getah Rendaman Tinggi dijangka siap 80 peratus akhir Jun ini.

GEORGETOWN, SABTU, 16 Jun, 2012: Jambatan Kedua Sdn. Bhd. (JKSB) menjangkakan akan mencapai 80 peratus bagi penyiapan keseluruhan kerja pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang menjelang 30 Jun ini, kata Pengerusinya, Tan Sri Dr. Sulaiman Mahbob.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan singkat ke tapak pembinaan jambatan itu di Batu Maung di sini hari ini.

Timbalan Perdana Menteri juga dimaklumkan bahawa pemasangan 'Cable Stay' untuk pylon pertama (struktur keluli yang tinggi yang didirikan bagi menopang kabel elektrik bervoltan tinggi) di tiang ke-25 dan 26 telah pun bermula dan dijangka siap sepenuhnya pada 15 Ogos depan.

"Setiap pylon memerlukan 18 Cable Stay, sebanyak 144 Cable Stay diperlukan untuk dipasang di empat pylon bagi melengkapkan pembinaan jambatan sepanjang 24 kilometer itu," katanya.

Jambatan kedua yang bernilai RM4.5 bilion dibina bersama oleh UEM Builders Bhd., dan CHEC Pembinaan (M) Sdn. Bhd.

Dengan 16.9 kilometer struktur marin, Jambatan Pulau Pinang kedua digelar sebagai jambatan terpanjang di Asia Tenggara dan juga jambatan terpanjang di dunia yang menggabungkan Galas Getah Redaman Tinggi (HDRB). - BERNAMA

No comments:

Post a Comment