My Add

Friday 8 June 2012

Najib hadir pada TwtUpKami

SHAH ALAM, KHAMIS, 07 Jun, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan kehadiran pada program 'TwtUpKami' anjuran komuniti Twitter atau lebih dikenali sebagai 'Twitter Jaya' di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 9 Jun ini.

Perdana Menteri mengesahkan kehadirannya itu melalui laman Twitter miliknya @Najibrazak selepas menerima jemputan bertali arus daripada pengguna Twitter menerusi laman sosial tersebut.

Ia disusuli dengan jemputan daripada penganjur melalui laman Twitternya iaitu @TwtUpKami yang kemudiannya bertanya kepada Najib sama ada beliau akan turut hadir pada program tersebut.

Najib kemudiannya menjawab menerusi laman sosial tersebut dengan menulis: "Saya akan hadir, insya-Allah."

TwtUpKami merupakan perjumpaan komuniti Twitter pertama kali dan terbesar pernah diadakan di negara ini dengan dianggarkan seramai 10,000 orang akan hadir pada program tersebut.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program itu antaranya persembahan beberapa artis popular tanah air seperti Bunkface, Estranged, Noh Hujan, OAG, Flop Poppy dan Rosevelt.

Selain itu, kejohanan futsal yang dikenali sebagai #TJFutsal2 juga akan diadakan dengan penampilan istimewa skuad futsal kebangsaan.

Pertandingan bola keranjang '3 on 3' iaitu #YbsCanJump juga akan diadakan dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Gan Ping Sieu serta Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan bakal menunjukkan bakat masing-masing dalam sukan tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment