My Add

Friday, 22 June 2012

Umar Patek dipenjara 20 tahun

JAKARTA, KHAMIS. 21 Jun, 2012: Militan Indonesia, Umar Patek hari ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun berikutan penglibatannya dalam pengeboman Bali 2002, sekali gus mengakhiri siasatan 10 tahun terhadap kes keganasan terburuk di negara ini.

"Kami dengan ini menjatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun ke atas Umar," kata ketua Hakim Encep Yuliardi di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan, hari ini.

Lelaki berusia 45 tahun yang dikenali sebagai Demolition Man itu didapati bersalah kerana merancang pembunuhan dan terlibat dalam pembuatan bom yang digunakan dalam serangan ke atas kelab malam di Bali yang meragut 202 nyawa, kebanyakannya rakyat asing.

Keputusan tersebut bagamanapun jauh lebih ringan berbanding hukuman penjara seumur hidup yang dicadangkan pendakwa raya sebelum ini.

Umar juga masih boleh mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan.

Terdahulu semasa prosiding mahkamah, para hakim membacakan keputusan 273 muka surat, termasuk keterangannya dan lebih 40 saksi selama berjam-jam.

Kamar mahkamah hari ini juga dipenuhi pemberita dan jurugambar selain beberapa ahli keluarga terdekatnya. - AGENS

No comments:

Post a Comment