My Add

Sunday 24 June 2012

Pemuda UMNO Selangor lapor polis siasat Faekah Husin

*UNGKU Md. Salleh Ungku Jamal menunjukkan laporan polis supaya siasatan terperinci terhadap Faekah Husin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, Hulu Langat, semalam.

HULU LANGAT, SABTU, 23 Jun - 2012: Pergerakan Pemuda UMNO Selangor hari ini membuat laporan polis agar satu siasatan terperinci dilakukan terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin yang mengakui menghantar surat supaya sebuah firma guaman yang mempunyai hubungan keluarga dipilih menjadi panel peguam di syarikat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB).

Ketuanya, Dr. Ungku Md. Salleh Ungku Jamal berkata, tindakan itu diambil setelah membaca pengakuan Faekah yang disiarkan dalam beberapa buah akhbar hari ini.

"Sebagai seorang berkuasa di pejabat Menteri Besar, beliau sepatutnya mengetahui surat sokongan kepada keluarga terdekat tidak boleh dikeluarkan kerana ia adalah amalan kronisme. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment