My Add

Thursday 14 June 2012

Haji perlu diutamakan

Abdul Rahman
 KUANTAN,  13 Jun, 2012: Mufti Pahang, Datuk RABU,Abdul Rahman Osman mengingatkan umat Islam yang mendapat giliran menunaikan haji tahun ini mengutamakan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu berbanding tanggungjawab mengundi dan melakukan kerja-kerja parti pada pilihan raya.

Beliau berkata, ia berdasarkan prinsip fiqh aulawiyat iaitu meletakkan sesuatu perkara mengikut keutamaan yang mana ibadat haji adalah fardu ain sedangkan mengundi adalah fardu kifayah.

Begitupun, beliau turut mengingatkan, mengundi juga ada keadaannya boleh bertukar menjadi fardu ain jika kepentingan Islam boleh terjejas sekiranya kurang umat Islam mengundi.

"Kalau yang mahu menunaikan haji untuk kali kedua, itu dia boleh tangguh kerana mengundi atau memilih pemimpin juga wajib dan fardu kifayah. Tapi untuk kali pertama dia perlu utamakan haji berbanding mengundi kerana haji adalah rukun Islam yang merupakan fardu ain. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment