My Add

Thursday 21 June 2012

Pemohon pencen ilat jalani Program Kembali Semula Bekerja

KUALA LUMPUR, RABU, 20 Jun, 2012: Semua pemohon pencen ilat yang ditimpa kemalangan dan mengalami masalah kurang upaya sementara harus menjalani proses pemulihan tertentu menerusi Program Kembali Semula Bekerja.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, selain menggalakkan para pemohon memasuki pasaran tenaga kerja semula, ia juga membantu meningkatkan pendapatan mereka untuk jangka masa panjang.

"Pemohon pencen ilat harus sedar wang pampasan tidak dapat menampung perbelanjaan diri dan keluarga mereka secara menyeluruh bagi jangka masa yang panjang.

"Jadi menerusi program itu, pekerja yang ditimpa kemalangan dan kurang upaya sementara dapat peluang untuk kembali bekerja semula dan ia sekali gus meningkatkan pendapatan diri sendiri, keluarga dan juga ekonomi negara," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment