My Add

Thursday 21 June 2012

Peniaga tidak sabar tunggu imej baru

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
KUALA LUMPUR, RABU, 20 Jun, 2012: Peniaga-peniaga Pasar Raja Bot di Chow Kit di sini teruja untuk melihat pelan pembangunan semula pasar itu yang akan dibentangkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Bagi mereka, pembaharuan di pasar yang berusia lebih 50 tahun itu perlu dilaksanakan segera memandangkan ia terletak di tengah-tengah pusat bandar yang menjadi tumpuan ramai.

Seorang peniaga ayam, Fadzil Ithnin, 36, berkata, pertemuan dengan DBKL kelak akan memberi peluang kepada mereka untuk menzahirkan pendapat dan pandangan demi kebaikan bersama.

"Sudah lama rancangan menaik taraf pasar ini diperkatakan, tetapi tidak mengapa mungkin ia memerlukan sedikit masa untuk mencorak secara keseluruhan pelannya.

"Kami memang menyambut baik rancangan tersebut kerana ia bukan sahaja memudahkan orang ramai tetapi mencantikkan kawasan sekitar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment