My Add

Friday 8 June 2012

PKR teliti isu tarian ala K-Pop

PULAU PINANG, KHAMIS, 07 Jun, 2012" Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri menafikan menjadi penganjur Majlis Makan Malam yang menyediakan persembahan tarian melibatkan tiga gadis berpakaian seksi di Bertam, Ahad lalu.

Namun, Pengerusi PKR negeri, Datuk Mansor Othman berkata, pihaknya sedang meneliti perkara tersebut untuk tindakan lanjut.

"Saya ingin menegaskan, majlis itu bukan anjuran PKR negeri seperti yang telah dilaporkan oleh media tertentu.

"Untuk makluman saudara-saudari juga, Biro Politik PKR negeri sedang meneliti perkara ini untuk tindakan susulan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

PKR dilaporkan menyediakan persembahan istimewa untuk ahli dan tetamunya pada majlis makan malam parti itu yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Seberang Perai, Kepala Batas, Ahad lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment