My Add

Wednesday 20 June 2012

Polis dapat perintah sita empat aset NFCorp

KUALA LUMPUR, SELASA, 19 Jun, 2012: Polis mendapat kebenaran mahkamah untuk menyita empat aset milik Perbadanan Fidlot Nasional Sdn. Bhd. (NFCorp) dalam kes pecah amanah bernilai RM49.7 juta mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman, Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf berkata, Bahagian Siasatan Pengubahan Wang Haram, Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman sedang menjalankan satu siasatan berkaitan syarikat NFCorp di bawah Seksyen 4(1) AMLATFA 2001 bersabit laporan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati empat harta tak alih telah menjadi isi 'perkara utama' kepada kes tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment