My Add

Tuesday 19 June 2012

Polis tahan 5 lelaki terbabit kegiatan samun

IPOH, SELASA, 19 Jun, 2012: Polis menahan lima lelaki dipercayai terbabit dalam kegiatan samun bersenjata di pekan Lenggong awal hari ini selepas menahan kereta yang dinaiki mereka berhampiran Plaza Tol Kuala Kangsar. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik, Deputi Superitendan Wan Jamil Wan Chik, berkata mereka ditahan pada kira-kira jam 1.45 pagi tadi selepas mendapat maklumat daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar.

Polis menemui dua bilah pedang samurai, satu bilah parang, sebatang rotan dan dua topeng muka di dalam kereta berkenaan, katanya ketika dihubungi hari ini.
Jamil berkata, polis turut menemui komputer riba, sekeping pasport dan wang tunai RM834 dipercayai hasil samun dan mendapati kereta yang digunakan oleh mereka itu adalah kereta sewa. 

Katanya, polis akan mendapatkan perintah mahkamah esok untuk menahan reman kelima-lima suspek berusia dalam lingkungan 20-an itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment