My Add

Friday 22 June 2012

RM1.4 juta bina Dewan Seminar Za'ba

*RAIS melihat gambar-gambar Pendeta Za'ba pada majlis Perasmian Jelajah Warisan di Teratak Za'ba di Jempol, kelmarin. - Foto BERNAMA

JEMPOL, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan telah memperuntukkan hampir RM1.4 Juta bagi pembinaan Dewan Seminar Tan Sri Dr. Zainal Abidin Ahmad (Za'ba) di Teratak Za'ba, Batu Kikir dekat sini yang kini dalam proses pembinaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dewan yang boleh memuatkan sehingga 300 orang itu mula dibina pada awal tahun ini dan dijangka siap Febuari tahun depan.

"Kewujudan dewan ini diharap dapat memberi peluang kepada pecinta bahasa untuk mengadakan pelbagai aktiviti seperti seminar, program keagamaan serta menjadi lokasi dato adat dan lembaga untuk bersidang," katanya.

No comments:

Post a Comment