My Add

Friday, 22 June 2012

Pendaratan penyu meningkat

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI 
*SITI Norazliyana Ali melihat anak-anak penyu agar di Chagar Hutang, Pulau Redang, Terengganu, kelmarin.

SETIU, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Jumlah pendaratan penyu yang semakin meningkat di santuari Chagar Hutang Pulau Redang memperlihatkan usaha pemuliharaan habitat itu sejak dua dekad lalu mula menunjukkan hasil.

Ketua Projek Unit Penyelidikan Penyu (Seatru) Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr. Juanita Joseph berkata, daripada 180 ekor penyu yang dikesan mendarat setakat ini pada musim bertelur, 80 ekor daripadanya adalah ibu baru.

"Jumlah tersebut menunjukkan perkembangan positif haiwan yang diancam kepupusan itu dan bilangan itu dijangka meningkat sehingga akhir tahun ini," katanya kepadaUtusan Malaysia di sini semalam.

Seatru melakukan kajian terhadap penyu-penyu yang mendarat dan bertelur di santuari tersebut sejak 19 tahun lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment