My Add

Friday 22 June 2012

Stor rahsia terbongkar

*SEORANG anggota Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan memeriksa ubat-ubatan dalam stor rahsia di sebuah kedai ubat, Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur, semalam.

Oleh AZRAI MOHAMMAD
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Jun, 2012: Taktik sebuah kedai ubat di Jalan Raja Alang di sini menyimpan ubat-ubatan tidak berdaftar serta beracun dalam sebuah stor rahsia bawah tanah berjaya dibongkar oleh Kementerian Kesihatan dalam satu serbuan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi malam tadi.

Dalam serbuan pukul 8 malam itu, pelbagai jenis produk kesihatan yang kebanyakannya ubat antibiotik dan antikulat dianggarkan bernilai RM200,000 dirampas dalam stor itu.

Operasi malam tadi turut memeriksa sebanyak 14 premis perniagaan dan tiga stor di sekitar Chow Kit hasil aduan dan maklumat daripada orang ramai mengenai penjualan ubat- ubatan yang status keselamatannya meragukan di kawasan itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment