My Add

Tuesday 12 June 2012

Suburkan definisi tadbir urus korporat

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Jun, 2012: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyarankan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya memberikan nafas baharu kepada definisi nasional tadbir urus korporat yang kini sudah pun menjangkau usia lebih sedekad.

Beliau berkata, anjakan paradigma baharu mestilah diperkenal kepada tadbir urus korporat sejajar dengan persekitaran perniagaan abad ke-21.

Ia bukan sahaja harus dianggap sebagai alat untuk mengurangkan risiko malah juga sebagai mekanisma strategik dan senjata agresif untuk meningkatkan ekonomi negara dan memperkasa operasi perniagaan, kata Timbalan Perdana Menteri.

"Masanya tepat untuk memberikan definisi baharu kepada tadbir urus korporat untuk turut menerapkan unsur-unsur nilai etika, maruah dan kepimpinan," katanya dalam ucapan yang dibacakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada permulaan Persidangan Kebangsaan SSM 2012 di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment