My Add

Tuesday 12 June 2012

Semak rayuan permohonan ke IPTA/Politeknik Premier

PUTRAJAYA, SELASA, 12 Jun, 2012: Status keputusan rayuan permohonan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA)/Politeknik Premier) bagi program pengajian lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setara boleh disemak mulai 12 tengah hari Khamis ini.

Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan hari ini berkata, semakan boleh dibuat melalui hotline 03-88706767, helpline 03-88706777, talian am 03-88706755/6766, laman web rasmi IPTA berkenaan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT (no. kad pengenalan) dan SMS ke 16888.

"Keputusan rayuan adalah muktamad. Jika tiada sebarang tawaran diterima dari IPTA/Politeknik Premier sehingga 30 Jun ini, maka rayuan dianggap gagal," jelas kenyataan itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment