My Add

Tuesday 12 June 2012

Undang-undang perkhidmatan kewangan dibentang di Parlimen

KUALA LUMPUR, selasa, 12 Jun, 2012: Undang-undang perkhidmatan kewangan baharu, yang akan meningkatkan tugas-tugas am dan tanggungjawab lembaga pengarah institusi kewangan, akan dibentangkan pada sidang parlimen semasa, kata Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Undang-undang baharu itu akan menekankan tanggungjawab yang akan dipegang oleh lembaga pengarah di bawah Akta Syarikat.

Beliau berkata, lembaga pengarah harus mengambilkira kepentingan pendeposit dan pemegang polisi,daya maju jangka panjang institusi dan untuk memastikan standard yang memuaskan dalam urusan adil.

"Tanggungjawab berkanun juga termasuk tugas tertentu dan menyelia perlaksanaan persekitaran kawalan yang baik," katanya apabila membuka Forum Pelajaran Pengarah Institusi Kewangan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment