My Add

Wednesday 20 June 2012

TERAJU sedia RM100j bangun PKS di ECER

KUANTAN, SELASA, 19 Jun, 2012: Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) memperuntukkan RM100 juta bagi menggerakkan pelbagai inisiatif membangunkan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). 

Peruntukan itu bagi meningkatkan pembabitan syarikat PKS Bumiputera di Pahang, Terengganu dan Kelantan dalam sektor makanan meningkatkan pendapatan seterusnya membantu menjana ekonomi negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pemberian peruntukan itu yang juga sebagai pemacu menggerakkan usaha pembangunan syarikat Bumiputera akan disalurkan kepada ECER dua bulan lagi.
Katanya, pengagihan pemberian geran bantuan kepada syarikat PKS terpilih itu membolehkan kerajaan menjana pelaburan bernilai sehingga RM700 juta. - BERITA HARIAN

No comments:

Post a Comment