My Add

Tuesday 5 June 2012

Terengganu berjaya kurang gejala ponteng sekolah

KUALA TERENGGANU, SELASA, 05 Jun, 2012: Terengganu berjaya mengurangkan gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk pasukan keselamatan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menjadikan negeri itu sebagai anjung ilmu.

Pengarah Pelajaran negeri, Zakaria Hussin berkata, pihaknya mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) setempat, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), jawatankuasa masjid dan lain-lain bagi mengatasi masalah tersebut.

"Sekarang, kita lihat terdapat pengurangan yang ketara melibatkan pelajar ponteng sekolah hasil kerjasama daripada pelbagai pihak,” katanya hari ini.

Beliau berkata, Jabatan Pelajaran Negeri yakin gejala ponteng sekolah dapat dikurangkan dengan lebih banyak jika masyarakat memberikan kerjasama menangani masalah itu.

Katanya, di Terengganu, terdapat kira-kira 246,000 pelajar dan daripada jumlah itu, hanya sebilangan kecil atau kurang daripada lima peratus yang ponteng sekolah kerana tidak minat belajar dan sebagainya.

Zakaria berkata, pihaknya tidak akan membiarkan pelajar-pelajar terbabit ponteng dan pihak sekolah perlu menyediakan program bagi menarik semula mereka ke sekolah. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment