My Add

Tuesday 19 June 2012

Tindakan berdiam diri Wan Azizah terus dipertikai

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Jun, 2012: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa tampil membuat kenyataan rasmi berhubung tuduhan salah laku moral suaminya iaitu Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan isteri Timbalan Presiden parti itu, Shamsidar Taharin.

Wan Azizah digesa menjelaskan hubungan antara kedua-duanya memandangkan individu yang dituduh iaitu Anwar bukanlah rakyat biasa tetapi pemimpin parti politik yang berpengaruh di negara ini.

Presiden Gerakan Memartabat Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berkata, sikap berdiam diri Wan Azizah juga mengundang persepsi seolah-olah beliau cuba menyembunyikan sesuatu.

"Sebagai seorang isteri, pastinya beliau tahu rahsia yang disembunyikan Anwar dan tindakan berdiam diri hanya menambahkan keyakinan masyarakat terhadap kebenaran semua tuduhan salah laku tersebut. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment