My Add

Thursday 14 June 2012

Saifuddin diminta batal hasrat debat

KUALA LUMPUR, RABU, 13 Jun, 2012: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah diminta membatalkan hasrat untuk debat bersama Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub kerana dilihat tidak mendatangkan faedah.

Naib Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Datuk Yahya Hamzah berkata, debat tersebut dikatakan akan berlangsung pada 19 Jun nanti hanya membawa banyak masalah dan pertelingkahan antara kedua parti itu.

Katanya, tiada gunanya berdebat bersama Pas yang hanya boleh bercakap tapi tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka menjadi 'pak turut' kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

"Batalkan sahaja hasrat beliau untuk berdebat dan lebih baik membuat kerja lain. Debat ini bukannya dapat mengubah sesuatu, tetapi ia hanya seperti syok sendiri sahaja....

No comments:

Post a Comment