*ZARINA Othman (kiri) memeluk ibunya, Maimunah Shahbudin sejurus tiba di LCCT, Sepang, semalam.
SEPANG, JUMAAT, 22 Jun, 2012: ''Mana anak-anak saya mak, mak jom balik kampung.''
Itulah sepotong ayat pertama diluahkan Zarina Othman, 47, rakyat Malaysia yang dirawat di Rumah Sakit Jiwa Banda Aceh, Indonesia sejurus bertemu ibunya, Maimunah Shahbudin, 73, di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini hari ini.
Pertemuan penuh bermakna antara dua beranak hasil usaha Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) itu mencetuskan suasana sedih bercampur gembira bagi keluarga yang sudah dua tahun tidak mendengar khabar berita itu.
Menurut kakak Zarina, Zaiton Othman, 50, yang dibawa khas oleh KP1M untuk mengambil adiknya di rumah sakit jiwa berkenaan, buat masa ini, Zarina tidak boleh memberikan sebarang kenyataan memandangkan keadaan kesihatan yang belum stabil. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment