My Add

Saturday 23 June 2012

Perkasa desak tindakan ke atas Suara Keadilan

*IBRAHIM Ali menunjukkan laporan akhbar Suara Keadilan mengenai 'Tahanan ISA Hantar Surat Dedah Secara Fizikal Diseksa Ala Guantanamo' di Kampung Bendang Pauh, Pasir Mas, Kelantan, semalam.

PASIR MAS, JUMAAT, 22 Jun, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas terhadap akhbar Suara Keadilan yang menyiarkan berita 'fitnah' mengenai cara tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilayan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, Perkasa mengutuk sekeras-kerasnya laporan akhbar tersebut kerana ia jelas menunjukkan niat jahat akhbar terbabit memberikan persepsi negatif terhadap kepemimpinan negara.

Beliau berkata, polis tidak menggunakan cara seksaan tahanan pengganas di Teluk Guantanamo untuk menyoal siasat tahanan seperti yang didakwa akhbar berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment