Oleh JUNHAIRI ALYASA
![]() |
*KEPIMPINAN baharu... Ismail Sabri (kiri) bertukar dokumen serah tugas jawatan dengan Hasan di Putrajaya semalam. |
Buktinya, berkuat kuasa tengah malam kelmarin, harga minyak itu diturunkan sebanyak 20 sen menjadi RM2.70 seliter sementara minyak RON95 kekal RM1.90 seliter.
Harga minyak tersebut ditentukan menggunakan sistem apungan yang mana penentuan harga dibuat setiap bulan berdasarkan Mekanisma Harga Automatik yang berasaskan harga minyak dunia.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hasan Malek yang mengesahkan perkara itu berkata, langkah itu adalah bukti keikhlasan kerajaan terhadap rakyat.
"Memang betul harga RON97 telah turun daripada RM2.90 menjadi RM2.70 seliter dan kita akan terus pantau harga minyak," katanya di sini semalam selepas majlis serah tugas antara beliau dengan bekas menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. - KOSMO!

No comments:
Post a Comment