My Add

Saturday, 18 May 2013

Ismail Sabri mula tugas

PUTRAJAYA, JUMAAT, 17 Mei, 2013: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memulakan tugas baharunya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di sini.

Ketibaan beliau yang merupakan bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dalam Kabinet terdahulu disambut oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah dan kakitangan kementerian.

Ahli Parlimen Bera itu tiba di kementerian barunya itu tepat pukul 11 pagi sebelum diberi taklimat ringkas dan mengetuai mesyuarat di tingkat tujuh bangunan itu.

Ismail Sabri dilantik bagi menggantikan tempat Datuk Seri Noh Omar yang digugurkan daripada Kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Semalam, beliau mengangkat sumpah dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balairong Seri, Istana Negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment