Oleh THOMAS CHONG
PUTRAJAYA, ISNIN, 20 Mei, 2013: Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad (gambar) hari ini mempersoalkan sama ada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) mampu menguruskan aduan dengan baik memandangkan badan itu hanya mempunyai seorang pegawai penyiasat sejak 16 Mei lalu.
''Dengan hanya enam pegawai penyiasat dalam keadaan biasa dan kini tinggal seorang, adakah anda berpendapat suruhanjaya ini mampu menguruskan aduan yang mungkin dibuat ke atas 160,000 pegawai penguat kuasa?
''Walaupun ada pegawai penyiasat, kesemuanya berpangkalan di Putrajaya pada hal aduan dan saksi berasal dari seluruh negara," katanya berucap di Konvensyen Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi SIAP. Datuk Heliliah Mohd. Yusof dan Ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Datuk Dr. Khaw Lake Tee.
Abdul Hamid berkata, SIAP menerima 347 aduan sejak penubuhannya pada 2011 di mana hanya 60 kes diarah untuk siasatan penuh manakala 110 kes ditolak, 149 kes memerlukan siasatan awal lebih lanjut manakala kes lain dirujuk kepada pihak berkuasa berkenaan.
''Setakat ini, hanya terdapat tiga kes yang telah disiasat sepenuhnya di mana satu kes dirujuk kepada pihak berkuasa disiplin Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala dua lagi kes ditutup kerana hukuman telah dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan berkenaan," katanya.
Beliau berkata, sekiranya SIAP merujuk sesuatu kes kepada jawatankuasa disiplin agensi atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak berkenaan perlu lakukan siasatan dan memaklumkan hasilnya.
''Daripada 32 kes yang dirujuk, tiada satu pun kes yang dilapor atau dimaklum semula kepada SIAP dalam tempoh 30 hari yang ditetapkan.
''Hanya 12 kes telah selesai disiasat dalam tempoh enam bulan di mana kesemuanya melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebanyak 20 kes yang lain masih tertangguh oleh agensi penguatkuasaan berkenaan," katanya.
Abdul Hamid berkata, tindakan untuk menubuhkan agensi baharu atas sebab politik merupakan langkah yang tidak betul.
''Jika sesebuah agensi mengalami masalah kekurangan integriti, kita harus menambah baik agensi itu sama ada dengan membaiki sistem atau manusia yang ada," katanya.
Beliau berkata, agensi baharu yang ditubuhkan perlu meminjam atau merekrut pegawai daripada agensi lain dan keadaan itu akan menjejaskan prestasi kerja.
''Adakah anda berpendapat agensi berkenaan akan pinjamkan pegawai terbaik mereka? Pegawai yang dipinjamkan selalunya hanya bertugas selama tiga tahun.
''Pegawai itu perlu menyesuaikan diri dengan tugas baharu pada tahun pertama dan mula melakukan kerja substantif pada tahun kedua.
''Pada tahun ketiga pula, dia akan berfikir sama ada untuk pulang (ke agensi asal). Kitaran sama bermula lagi apabila seorang pegawai baharu menggantikan pegawai lama itu," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment