Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR, SELASA, 21 Mei, 2013: Multimedia Development Corporation Sdn. Bhd. (MDeC) menyasarkan momentum pertumbuhan pelaburan baharu agensi di bawah pengurusannya, MSC Malaysia terus kekal pada tahun ini setelah berjaya menarik pelaburan sebanyak RM2.92 bilion pada tahun lalu.
Pada tahun lalu, sebanyak 24 peratus merupakan pelaburan langsung asing (FDI), manakala 76 peratus merupakan pelaburan langsung domestik (DDI).
Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Badlisham Ghazali berkata, pada tahun ini, pihaknya meletakkan had purata pencapaian pelaburan baharu minimum sekitar RM1.5 bilion sehingga RM2 bilion.
Katanya, pencapaian itu berbeza dengan tahun lalu kerana pelaburan baharu pada 2012 telah mencapai tempoh matang dan berada di kemuncak pelaburan.
"Kami tidak memandang kuantiti pelaburan di MSC Malaysia, sebaliknya mementingkan kualiti pelaburan jangka panjang yang boleh menjana ekonomi berpendapatan tinggi di Malaysia.
"Pelaburan baharu tetap mengekalkan momentum pada tahun ini sebagaimana pelabur asing masih yakin dengan kebolehan dan kemahiran yang dimiliki Malaysia dalam bidang teknologi maklumat," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan penuh kewangan MSC Malaysia bagi tahun berakhir 31 Mac 2013.
MSC Malaysia mencatatkan perolehan sebanyak RM33.53 bilion, meningkat sebanyak 5.7 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2011.
Eksport MSC Malaysia juga meningkat sebanyak 14 peratus kepada RM11.6 bilion berbanding tahun 2011.
Sebanyak 9,700 peluang pekerjaan baharu telah diwujudkan sepanjang tahun lalu, peningkatan sebanyak 28 peratus berbanding 2011.
MDeC turut menyifatkan tahun kewangan 2012 adalah merupakan tahun kewangan terbaik setakat ini.
Tambah Badlisham, pada tahun ini, pihaknya menyasarkan syarikat-syarikat berstatus MSC menumpu pasaran eksport ke negara-negara baharu muncul di Asia Tenggara seperti Indonesia dan Thailand.
Katanya, kebanyakan produk daripada syarikat-syarikat berstatus MSC itu yang dieksport ke negara-negara Asia Tenggara berupa perisian dan perkhidmatan teknologi maklumat. - UTUSAN
![]() |
| Badlisham Ghazali |

No comments:
Post a Comment