Oleh TOREK SULONG
PASIR PUTEH, SELASA, 30 April, 2013: Persatuan Siam Malaysia (PSM) mendesak pemimpin Pas Kelantan supaya tidak memperalatkan kumpulan sami Buddha untuk berkempen bagi memancing undi masyarakat Siam menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.
Presiden PSM, Siri Neng Buah berkata, pemimpin Pas tidak menghormati institusi agama masyarakat Siam apabila turut mengheret sama golongan sami ke dalam kancah politik semata-mata demi mendapat kuasa.
Beliau berkata, tindakan Pas mengedar dan menampal gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama sami tempatan perlu ditarik balik kerana ia menyentuh sensitiviti masyarakat Siam yang menganut agama Buddha.
Katanya, sami Buddha tidak sepatutnya ditafsirkan sebagai individu yang berpihak kepada suatu kumpulan sedangkan mereka adalah berkecuali dengan tidak melibatkan diri dalam arena politik, sebaliknya berfungsi sebagai rujukan dalam kehidupan penganut Buddha.
"Saya beri peringatan kepada Pas supaya menghentikan pendekatan sedemikian dan tidak mencanang perpecahan dalam masyarakat kami," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan masyarakat Siam di Kampung Ketik Buluh, dekat sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:
Post a Comment