My Add

Monday, 23 September 2013

40% penghuni penjara pesalah dadah

KUCHING, AHAD, 22 September, 2013: Sebanyak 40 peratus daripada 40,000 penghuni penjara di seluruh negara merupakan pesalah yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu turut mencatatkan jumlah individu yang terlibat dalam jenayah dadah meningkat daripada 127,000 pada 2011 kepada 145,000 tahun lalu.

Beliau berkata, bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, Perak mencacatkan bilangan penagih paling ramai di negara ini iaitu 597 orang diikuti Selangor 596 dan Kedah 526.

“Apabila melihat pada statistik ini sudah tentu kerajaan dan masyarakat secara amnya bimbang dengan gejala negatif tersebut kerana bilangan penagih dan pengedar dadah didapati meningkat setiap hari.

“Dalam usaha menangani masalah ini, ibu bapa dan pihak sekolah harus memainkan peranan penting dengan memantau pergerakan serta aktiviti anak masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian selepas berucap dalam Majlis Penangguhan Karnival Kerjaya di Majma’ Tuanku Abdul Halim Mu‘adzam Shah di sini hari ini.

Mengulas lanjut Wan Junaidi berkata, mereka yang terlibat dalam gejala tersebut dinasihat supaya kembali ke pangkal jalan dan jangan sesekali berasa segan untuk melakukan perubahan yang positif. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment