My Add

Tuesday, 24 September 2013

NGO desak dakwa pihak ubah fakta sejarah

PULAU PINANG, isnin, 23 September, 2013: Polis diminta bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba mengubah fakta sejarah dengan mendakwa Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng sebagai pejuang negara.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Timur Laut, Mohamed Ismail Osman berkata, mereka yang cuba mengeksploitasi isu berkenaan seharusnya dikenakan tindakan undang-undang kerana boleh mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara.

Menurutnya, sejarah tidak boleh dipadam dan rakyat perlu menerima hakikat Chin Peng sememangnya pengganas.

"Kita perlu ikut sejarah yang menyatakan Chin Peng seorang pengganas kerana fakta sejarah tidak boleh dipadam. Kita minta polis bertindak terhadap mereka yang cuba membentuk sejarah baharu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani, di sini hari ini.

Yang turut hadir, wakil-wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya daripada Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiah Malaysia, Pertubuhan Skuad Relawan Cegah Jenayah Malaysia dan Pertubuhan Seni Silat Gayung Malaysia.

Laporan itu bertujuan meminta polis mengetatkan kawalan di semua pintu masuk negara bagi mencegah abu mayat Chin Peng diseludup untuk disemadikan bersebelahan kubur ibu bapanya di Sitiawan, Perak seperti dirancang pihak tertentu. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment