My Add

Monday, 23 September 2013

Peniaga parah ditetak padang samurai di Kuantan

KUANTAN, ISNIN, 23 September, 2013: Seorang peniaga steambot parah akibat ditetak dengan pedang samurai dalam pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di sini, awal hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Aziz Ahmad berkata, pergaduhan itu dilapor berlaku di hadapan sebuah premis hiburan di Jalan Teluk Sisek di sini pada pukul 4.47 pagi.

"Lelaki berusia 26 tahun itu ditetak di tangan kanan dan pinggang kanan selain melecet di telinga dan lutut akibat terjatuh.

"Luka di tangan kanan dan pinggang mangsa agak serius... tetapi dia kini stabil dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Aziz berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada salah faham apabila lelaki itu yang cuba meleraikan satu pergaduhan semalam, dikatakan memukul adik seorang daripada suspek.

"Polis kini sedang mengenal pasti semua suspek," katanya. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment