Oleh RAJMAH HASAN
KUALA LUMPUR, ISNIN, 23 September, 2013: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sedang mengkaji kemungkinan untuk memperluaskan skim sedia ada bagi memberi perlindungan kepada mereka yang bekerja sendiri.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Richard Riot Jaem berkata, skim yang disediakan oleh agensi itu kini hanya meliputi pekerja yang menerima gaji bulanan.
"Langkah ini penting untuk melindungi rakyat Malaysia yang bekerja sendiri terutama pemandu teksi yang terdedah dengan risiko kemalangan semasa pergi dan balik bekerja," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pencegahan Kemalangan anjuran Perkeso di sini hari ini.
Yang hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Zainal Rahim Seman; Pengerusi Lembaga Pengarah Perkeso, Datuk Abu Huraira Abu Yazid dan Ketua Eksekutif Perkeso, Datuk K. Selvarajah.
Richard berkata, kementeriannya memandang serius mengenai kemalangan ketika perjalanan pergi dan balik ke tempat kerja kerana implikasinya boleh menyebabkan seseorang pekerja mengalami hilang upaya sementara, kekal mahupun maut.
"Statistik tahun 2012 mencatatkan sebanyak 42 peratus daripada 61,552 keseluruhan jumlah kemalangan melibatkan kemalangan ketika perjalanan pergi balik ke tempat kerja," katanya.
Mengenai Program Saringan Kesihatan, Richard memberitahu, hanya 188,151 daripada 1.2 juta baucar ujian pemeriksaan kesihatan yang diedarkan kepada majikan-majikan di seluruh negara telah digunakan oleh pekerja berusia 40 tahun ke atas sejak program itu dilancarkan awal tahun ini.
"Jumlah mereka yang memanfaatkan baucar itu masih sedikit dan kita sarankan mereka segera menjalani ujian saringan kesihatan itu sebelum akhir tahun ini," katanya.
Sementara itu, Selvarajah berkata, selain menjalani ujian saringan kesihatan di 2,999 klinik panel yang dilantik Perkeso, pekerja berusia 40 tahun ke atas juga boleh menggunakan baucar tersebut di 212 makmal kesihatan dan 92 pusat mamogram di seluruh negara.
Terdahulu Riot menyampaikan faedah Perkeso berjumlah RM3,500 kepada Noraini Muid iaitu balu kepada Mohamad Rasib Jantan yang meninggal dunia dalam tragedi bas terhumban ke dalam gaung di Kilometer 3 Lebuh Raya Karak pada 21 Ogos lalu.
Mohamad Rasib merupakan pegawai kanan keselamatan di Genting Highlands.
Seorang lagi pekerja Genting Highlands yang terlibat dalam kemalangan itu ialah Saidah Misbun turut mendapat faedah tuntutan hilang upaya sementara Perkeso yang diterima oleh wakilnya, K.C. Chan selaku Pengurus Sumber Manusia Genting Highlands Berhad. - UTUSAN
![]() |
*RICHARD Riot Jaem menyampaikan cek faedah imbuhan kemalangan kepada balu Mohamad Rasib Jantan, Noraini Muid di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan ialah Abu Huraira Abu Yazid (kanan). |

No comments:
Post a Comment