Pakar senjata kimia mula laksanakan resolusi PBB
DAMSYIK, JUMAAT, 04 Oktober, 2013: Sembilan pakar senjata yang ditugas untuk melaksanakan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memusnahkan senjata kimia milik Syria memulakan tanggungjawab mereka hari ini, dengan menuju ke satu lokasi yang tidak diketahui, lapor jurugambar AFP.
Dua hari selepas tiba di Damsyik, pakar-pakar dari Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) itu menaiki tiga buah kenderaan milik PBB.
Mereka merupakan sebahagian daripada 19 pakar senjata yang tiba di sini kelmarin untuk menyelia pelaksanaan resolusi PBB, yang mengarahkan Syria supaya memusnahkan senjata kimia milik negara itu. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment