My Add

Saturday, 5 October 2013

Risda sedia bangunkan tanah adat bumiputera di Sarawak
SIBU, SABTU, 05 Oktober, 2013: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bersedia untuk melakukan tanaman semula di lebih banyak tanah hak adat bumiputera (NCR) di Sarawak.

Namun menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad, tanah tersebut perlu memiliki hak milik bagi mengelak sebarang masalah perundangan kelak.

"Jabatan Tanah dan Survei Negeri perlu memastikan tanah itu bebas dari sebarang isu pemilikan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah khidmat cemerlang tahunan Risda kepada 15 penerima di sini malam tadi.

Wan Mohmad Zuki berkata, sehingga kini, Risda telah membangun kira-kira 4,000 hektar tanah NCR di Sarawak sejak 2009. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment