Skim Ponzi: Pelabur gagal tuntut pelaburan RM8.3 juta
Oleh NORLIZAH ABAS
PUTRAJAYA, KHAMIS, 03 Oktober, 2013: Seramai 765 pelabur gagal menuntut semula hasil wang pelaburan dalam skim Ponzi yang telah dibekukan oleh kerajaan mencecah RM8.3 juta, selepas Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Keputusan sebulat suara itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim yang bersidang bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk David Wong Dak Wah.
Panel tersebut mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan mereka menuntut semula hasil pelaburan tersebut yang dikendalikan oleh Syarikat FX Capital Consultant (M) Sdn. Bhd.
Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Anslem Charles Fernandis dari BNM dan Susheel Kaur dari SC mewakili pihak pendakwaan manakala pelabur-pelabur diwakili oleh peguam Md. Yunos Shariff. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment