My Add

Sunday, 6 October 2013

Tindakan Guan Eng dipersoal

Oleh AZELI ALI

PULAU PINANG, SABTU, 05 Oktober, 2013: Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) mempersoalkan tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang dijadual akan menandatangani perjanjian projek pembinaan terowong dasar laut di sini esok.

Presidennya, Rahmad Isahak berkata, beliau berasa pelik bagaimana Guan Eng yang bertanggungjawab terhadap polisi kerajaan negeri boleh menandatangani perjanjian satu projek mega pada hari Ahad sedangkan esok semua pejabat kerajaan tutup kerana cuti hujung minggu.

"Beliau juga dilihat tergesa-gesa kerana projek terowong itu belum dimuktamadkan dari sudut kajian yang melibatkan soal alam sekitar yang sememangnya perlu diperdebatkan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Guan Eng semalam mengumumkan kerajaan negeri akan meneruskan projek terowong itu serta tiga projek lebuh raya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri memberi persetujuan.

Jelas Rahmad, beliau khuatir sekiranya perjanjian projek berkenaan dipertikaikan dari sudut undang-undang sehingga membawa kerugian kepada kerajaan negeri sendiri. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment