Oleh YATIMIN ABDULLAH
TUMPAT, JUMAAT, 04 Oktober, 2013:- Seorang nelayan dikhuatiri hilang di laut selepas keluar untuk menunda bot rakannya yang tersadai di kawasan Pantai Dasar Sabak, Kota Bharu sejak tiga hari lalu.
Mangsa, Abdul Aziz Daud, 58, yang berasal dari Kampung Pulau Seratus dikatakan keluar berseorangan dengan menaiki sebuah bot kira-kira pukul 8.30 pagi dari pangakalan Kok Majid di sini Rabu lalu.
Isteri mangsa, Asiah Ismail, 51, berkata, berita kehilangan suaminya itu di ketahui selepas diberitahu bot yang sepatutnya ditunda oleh Abdul Aziz telah selamat tiba di pangkalan Kok Majid hasil bantuan nelayan lain.
Menurutnya, bimbang akan keadaan suaminya itu, dia kemudianya telah membuat laporan berhubung kejadian tersebut di Balai Polis Palekbang, semalam.
"Anak saya bersama beberapa penduduk kampung telah melakukan gerakan mencarinya, namun sehingga hari ini masih belum menemui petunjuk.
"Difahamkan bot yang ingin ditunda suami saya itu mengalami kerosakan pada bahagian kipas enjin dan tersadai di pantai berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Pulau Gorek di sini hari ini.
Asiah memberitahu, dia khuatir dengan keselamatan suaminya itu selepas dia keluar dari rumah tanpa membawa sebarang bekalan makanan.
"Dia hanya membawa telefon bimbit dan dokumen pengenalan diri. Saya ada beberapa kali cuba menghubungi suami menggunakan telefon bimbit namun tiada sebarang jawapan," ujarnya.
Bapa kepada tujuh cahaya mata itu, telah menjadi nelayan laut dalam sejak 15 tahun lalu dan ia menjadi punca utama bagi menampung rezeki mereka sekeluarga.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritanden Zaharudin Rasip ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Katanya, gerakan mencari mangsa sedang giat dilakukan dengan kerjasama Pasukan Polis Marin (PPM) Agensi Penguatkusaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) serta penduduk kampung. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment