![]() |
*MOHD. Shafie Apdal bersalam dengan peserta ketika tiba untuk merasmikan Majlis Penutup Seminar Memperkasa Peranan Pemaju Masyarakat RISDA di Port Dickson, semalam. Turut sama, Ibrahim Muhamad dan Wan Mohamad Zuki Mohamad. |
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, 1,000 pelajar yang terdiri daripada anak-anak pekebun kecil layak menerima bantuan tersebut pada kadar RM50 sebulan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penutup Seminar Memperkasa Peranan Pemaju Masyarakat RISDA di sini malam tadi.
Yang turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ibrahim Muhamad dan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad.
Shafie menambah, Pemaju Masyarakat RISDA memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan dan RISDA menjayakan program pembangunan RISDA dan kerajaan.
Sambil menyatakan terdapat 509 orang Pemaju Masyarakat RISDA di seluruh negara sekarang, beliau berkata, mereka dilantik dalam kalangan pekebun kecil contoh yang aktif dan berpenaruh serta mempunyai sifat kepimpinan.
Seminar Memperkasa Peranan Pemaju Maysrakat RISDA itu diadakan antara lain untuk mentransformasikan mereka menjadi lebih kreatif, progresif dan inovatif dalam membantu RISDA dan kerajaan ke arah program pembangunan negara.
Sementara itu, dalam majlis di Seremban, Mohd. Shafie berkata, aspek membandarkan kampung tidak hanya dilihat dari segi pertambahan fizikal semata-mata, tetapi lebih menjurus kepada peningkatan kemudahan asas yang menguntungkan masyarakat di kawasan luar bandar.
"Antara penekanan yang akan diberikan termasuklah perkhidmatan jalur lebar dan telekomunikasi, selain peluang perniagaan menerusi industri kecil dan sederhana (IKS) serta pelancongan.
"Jika usaha ini dapat kita lakukan sudah pasti akan memberi peluang kepada penduduk luar bandar memperkenalkan kawasan mereka bukan sahaja kepada rakyat tempatan tetapi pelancong luar negara," katanya dalam sidang akhbar selepas beramah mesra dengan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). - UTUSAN

No comments:
Post a Comment