KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Oktober, 2013: Semua masjid dan surau di seluruh negara disyor mengadakan bacaan qunut nazilah dan solat hajat selepas solat Isyak untuk mendoakan kedudukan agama Islam dipelihara semasa sesi Semakan Berkala Sejagat\ (UPR) di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga telah diarah melakukan perkara yangsama serta-merta sehingga UPR selesai.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini bagi
mengulas tindakan pihak tertentu yang didakwa telah menyediakan satu laporan
berkaitan hak asasi manusia di negara ini yang akan dibentang pada Majlis Hak
Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva nanti.
Kandungan laporan itu antara lain menyentuh mengenai hak kebebasan beragama
dan meminta untuk Malaysia mengiktiraf hak-hak berlandaskan 'SOGI - Sexual Orientation & Gender Identity' iaitu hak-hak LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays,
Transgender, inter-sexed & queer-persons).
Jamil Khir berkata tuntutan yang dikemukakan oleh pihak berkenaan adalah
sesuatu yang boleh dipersoalkan kewajarannya memandangkan ia bertentangan dengan
kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam
Perlembagaan Persekutuan.
"Segala peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati oleh
setiap warganegara di dalam dan juga luar negara," katanya.
Beliau berkata sebarang isu atau polemik yang boleh mengganggu-gugat
kedudukan agama Islam adalah amat tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak
dalam apa jua forum. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment