My Add

Wednesday, 16 October 2013

Arahan qunut nazilah, solat hajat serta-merta

KUALA LUMPUR, SELASA, 15 Oktober, 2013: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) diarah mengadakan bacaan qunut nazilah dan solat hajat selepas Isyak berkuatkuasa serta-merta sehingga sesi semakan berkala sejagat (UPR) di Geneva selesai 24 Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, arahan ke atas masjid-masjid dan surau-surau di bawah seliaan Jakim dan Jawi itu bertujuan memelihara serta mengukuhkan kedaulatan Islam di negara ini.

"Saya juga mengesyorkan kepada seluruh jabatan agama Islam negeri-negeri turut sama menganjurkan bacaan qunut nazilah dan solat hajat selepas Isyak di masjid dan surau di negeri masing-masing atas tujuan yang sama," tegasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jamil Khir mengingatkan pihak-pihak yang terlibat membuat tuntutan untuk dibentangkan dalam UPR agar sentiasa menghormati Islam sebagai agama Persekutuan.

Katanya, tuntutan itu boleh dipersoalkan kewajarannya berikutan bertentangan dengan kedudukan agama Islam seperti yang jelas termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Segala peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati oleh setiap warganegara di dalam dan juga luar negara,'' ujarnya.

Katanya, sebarang isu dan polemik yang boleh mengganggu-gugat kedudukan agama Islam adalah amat tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak dalam apa jua forum. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment