My Add

Sunday 3 March 2013

143 ahli PKR Batu Hampar isytihar keluar parti

MELAKA, SABTU, 02 Mac, 2013: Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini menerima tamparan hebat apabila seramai 143 ahlinya mengisytiharkan keluar parti dan membubarkan cawangan Batu Hampar dalam Parlimen Bukit Katil dekat sini malam tadi.

Bagaimanapun, mereka tidak menyertai UMNO sebaliknya mereka mengumumkan menubuhkan Persatuan Usahawan Anak Melayu (PUAM) dan bergerak di bawah naungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Ketua cawangannya, Tuah Shah Abdul Rahman berkata, keputusan keluar daripada parti itu dan membubarkan cawangan Batu Hampar sejak ditubuhkan pada 2009 dibuat kerana sudah tidak yakin dengan perjuangan PKR.

''Kita tidak boleh tunggu lagi kerana perjuangan PKR hari ini jauh menyimpang daripada agenda sebenar. Kami lihat perjuangan PKR atas kepentingan peribadi dan mengejar kuasa. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment